Esei Nasionalisme
1. Sejauh manakah perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka?
Pada awal abad ke-20, Tanah Melayu telah mengalami perkembangan politik yang penting. Pada zaman ini kebangkitan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu muncul dengan organisasi yang lebih terpimpin dan teratur melalui aktiviti gerakan. Usaha ini timbul kerana masyarakat Melayu ingin melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran kerajaan British yang telah mengongkong penduduk Tanah Melayu dengan pelbagai agenda dari aspek ekonomi, sosial dan politik.
2. Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme orang melayu sebelum merdeka. Jelaskan.
Kesedaran nasionalisme di negara kita wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesedaran ini berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh tokoh tempatan. Sebagai contoh, Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serang terhadap Portugis walaupun telah berundur dari Melaka. Selain itu, kesedaran nasionalisme juga dapat dilihat apabila Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Baginda telah berusaha untuk mendapatkan Pulau Pinang yang merupakan sebahagian wilayah Kedah kembali. Perjuangan Baginda merupakan perjuangan terawal menentang British di Kedah. Semua peristiwa boleh dikaitkan dengan key concept "process" kerana semua pemimpin telah menyusun strategi dan menjalankan tugas untuk menentang kuasa asing yang menjajah negeri masing - masing.
3. Bagaimana nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia?
Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia agar mempunyai sifat berani demi mempertahankan kedaulatan negara. Sebagai contoh, Raden Adjeng Kartini telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang pada tahun 1911. Karya ini mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada rakyat Indonesia. Karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dengan judul 'Letters of a Javanese Princess'. Raden Adjeng Kartini telah mepelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita. Tambahan juga, kemunuculan pertubuhan yang lebih tersusun di Indonesia seperti Muhammadiyah yang bertujuan untuk mempertahankan agama Islam daripada sekularisme Barat. Peristiwa - peristiwa ini boleh dikaitkan dengan related concpet 'power' yang menggalakkan pemimpin - pemimpin dunia agar menggunakan kuasa yang diamanahkan untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman kuasa asing.
4. Generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati. Hujahkan.
Saya setuju dengan pernyataan ini. Generasi muda kurang mengambil tahu tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemimpin - pemimpin dan prajurit - prajurit untuk memastikan negara tidak lagi diancam kuasa asing. Sebaliknya, cara pemikiran mereka telah dipengaruhi oleh budaya Barat. Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat kes - kes menghina pemimpin - pemimpin negara sejak kebelakangan ini. Sosial media merupakan salah satu faktor utama berlakunya perkara seperti ini. Kesimpulannya, generasi muda hendaklah mengubah diri agar tidak terikut - ikut dengan budaya asing yang boleh menyebabkan hilangnya semangat naionalisme dan patriotisme dalam diri masing - masing. Related concept 'change' boleh dikaitkan dalam proses mengubah diri menjadi yang lebih baik dari sekarang.
Comments
Post a Comment