Esei Nasionalisme
1. Sejauh manakah perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka? Pada awal abad ke-20, Tanah Melayu telah mengalami perkembangan politik yang penting. Pada zaman ini kebangkitan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu muncul dengan organisasi yang lebih terpimpin dan teratur melalui aktiviti gerakan. Usaha ini timbul kerana masyarakat Melayu ingin melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran kerajaan British yang telah mengongkong penduduk Tanah Melayu dengan pelbagai agenda dari aspek ekonomi, sosial dan politik. 2. Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme orang melayu sebelum merdeka. Jelaskan. Kesedaran nasionalisme di negara kita wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesedaran ini berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh tokoh tempatan. Sebagai contoh, Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga ...